" ALMAHSYARI" ITU APA DIA ?

Maana almahsyari dari segi bahasa ialah "tempat berhimpun".
Gelaran dihujung nama diberi olih dan dari guru terdahulu.
Almahsyari dalam erti aliran pengajian adalah kerana inilah dia prinsip paling utama dan tertinggi
dalam jemaah pengajian ini.
almahsyari ertinya suatu himpunan maksud saperti dibawah .......
  1. mahsyari = padang mahsyar  - kerana dunia hampir kiamat.
  2. sesiapa yang jemaah ini diharapkan akan sampai (insyaAllah) suatu peringkat dimana hatinya sentiasa ingat akan akhirat.
  3. mahsyari = humpunan = all in one  - mencapai satu tahap dapat beramal seluruh aspek islam ; contoh : jika ia solat dalam solatnya ada amalan feqah, ada amalan tasauf, ada amalan tauhid...malahan lagi akan berhimpun segala manafaat dunia dan manafaat akhirat didalam solatnya.
  4. mahsyar = himpunan = dunia dengan akhirat --- berusaha dan insyaAllah akan mendapat faedah dunia serentak dengan faedah akhirat. Dalam faedah dunia dia dapat faedah akhirat dan jika dia dapat faedah akhirat dan akan dapat juga faedah dunia pada satu-satu ibadat / amalan yang dia buat.
  5. mahsyar = himpunan = rahsia seluruh AlQuran + rahsia solat + rahsia alam. Dalam pengajian ini diharapkan ia akan dapat mencapai suatu maqam/darjat dimana ia dapat mengetahui pertemuan antara hikmah/nur Alquran dengan rahsia segala juzuk solat dan rahsia segala juzuk alam.
  6. Almahsyari = himpunan = semua juzuk insan beramal serentak, sepakat ,sedarjat tanpa meninggalkan suatu juzuk anggota badan yang tidak beramal. Contoh : jika ia solat, jasad bersolat , aqal bersolat, hati bersolat, sir bersolat. Jika jasad pula : semua anggota tubuh segala urat saraf dan sendi akan dibawa bersama-sama beramal dan beribadat.
  7. Apa yang kita amal sekarang ini itulah gambaran apa yang kita akan rasa dan tempuh di mahsyardimahsyar kelak. Apa yang kita tanam sekarang itulah sebenarnya apa yang kita akan tuai kelak